Thursday, 27 June 2013

KERJAYA - Albert Einstein

ALBERT EINSTEIN


 

DATA PERIBADI
Albert Einstein dilahirkan pada hari jumaat,14 MAC 1897 di Ulm,selatan Jerman.
          Albert merupakan anak sulung dan lelaki tunggal bagi pasangan Hermann Einstein serta Pauline Koch.
 Albert meninggal dunia pada 18 April 1955,ketika berusia 74 tahun setelah terlantar di hospital dalam jangka masa yang agak lama.

SUMBANGAN
Pada tahun 1921,Albert Einstein dianugerahi Hadiah Nobel, anugerah tertinggi bagi ahli sains menerusi kajian teori keralatifannya.
          Pada tahun 1925, beliau dianugerahi pingat copely dan pingat emas Persatuan Astronomi Diraja London. Beliau turut dianugerahi pingat Planck oleh Akademi Diraja Prusia selain dilantik sebagai pensyarah tamu dan professor pelawat di seluruh dunia.
          Albert Einstein ialah ahli sains dunia yang terkenal. Beliau telah menghasilkan beberapa penemuan yang penting dalam bidang fizik. Teori Kerelatifan yang dihasilkan beliau diakui kehebatannya oleh professor dan mahasiswa university di seluruh dunia.
          Albert dibesarkan dengan penuh kasih saying oleh kedua-dua ibu bapanya. Ibu beliau seorang pemain piano yang mahir, cerdik, cergas, bertenaga serta bekerja keras. Manakala bapa beliau pula seorang jurutera dan pemilik kilang di Munich, Jerman.



ZAMAN KANAK-KANAK
Sejak kecil lagi ,Albert kelihatan agak luar biasa. Bentak kepala beliau yang ganjil menyebabkan ibunya bimbang kalau-kalau beliau terencat akal. Tambahan pula beliau lam belajar bercakap
            Kebimbangan ahli keluarga Albert berkurang apabila beliau membesar dengan sihat dan kuat. Walaupun begitu, beliau tidak menyukai sebarang permainan sebaliknya lebih suka menyendiri serta menghabiskan masa dengan membaca dan mendengar muzik.Buku-buku yang dibacanya bercorak ilmiah.
            Dalam pada itu, Albert menunjukkan minat mendalam terhadap ilmu sains dan matematik. Kecenderungan ini dapat dikesan sekjak beliau berumur lima tahun lagi.
            Minat Albert ini mendapat dorongan yang kuat daripada seluruh anggota keluarga. Bapanya misalnya menghadiahi beliau sebuah kompas yang mengubah hidupnya. Beliau merasakan wujudnya satu kuasa misteri dalam kompas tersebut lalu berazam untuk menjejakinya.
            Kemudian, Albert mengesan misteri yang sama tetapi kali ini berkaitan dengan nombor pula.Bapa saudara beliau, Jokob sering member beliau teka-teki berhubung dengan matematik. Beliau berasa amat gembira dan bangga setiap kali Berjaya menjawab teka-teki itu.
            Ketika berusia 10 tahun,Albert mula belajar matematik secara sendiriam pada waktu lapang. Minatnuy itu mendapat galakan daripada orang di sekelilingnya. Max Talmud,seorang pelajar perubatan telah meminjamkan sebuah buku tentang sains dan falsafah kepada beliau, di samping meluangkan ,masa untuk membincangkan idea matematik dengannya.


ZAMAN REMAJA
Walau bagaimanapun,ketika Albert berusia 15 tahun,Perniagaan keluarganya di Munich mula merosot. Mereka berpindah ke Itali sedangkan beliau ditinggalkan di Munich untuk menamatkan persekolahan. Justeru, hidup berjahan dengan keluarga menambahkan lagi kebencian beliau terhadap sekolah. Tambahan pula ,kebanyakan guru kurang senang dengan kebolehan dan kebijaksanaan beliau yang dianggap menghina meraka.
            Setahun selapas itu, Albert mengambil keputusan nekad untuk berhenti sekolah bagi membolehkan beliau bersama keluarga.Tindakan beliau itu menyababkan kedua-dua ibu bapanya berasa kecewa dan marah.Menyedari hal itu, beliau berjanjian akan belajar di rumah dan mengambil peperiksaan kemasukan ke Institut Teknologi Persekutuan di Zurich, Switzerland.
            Belajar tanpa guru menyababkan Albert gagal dalam peperiksaan tersebut. Namun begitu, beliau Berjaya mendapat markah yang tinggi dalam dubjek Sains dan Matematik.
            Selepas kegagalan itu, Albert memasuki Sekolah tinggi di Aarau. Di memasuki Sekolah Tinggi di Aarau. Di sana , beliau lebih gembira memandangkan peraturannya tidak sekatat peraturan di sekolah lamanya, Beliau belajar dengan bersungguh sungguh untuk memduduki peperiksaan yang sama.
            Hasilnya Albert mendapat keputusan yang sangat cemerlang dan membolehkan beliau mengikuti pengajian selama empat tahun di Institut Teknologi Persekutuan, sebelum layak menjadi guru pakar dalam Matematik dan Fizik di sekolah menengah.
            Sepanjang tempoh pengajian itu,Albert berusaha keras, berfikir dan melakukan uji kaji.Keadaan ini menimbulkan rasa tidak senang pensyarah terhadap kesungguhan beliau
            Dalam pada itu, Albert juga  mula mendapat beberapa orang kawan rapat, iaitu Marcel Grossman dan Michele Angelo Besso.Mereka sering membincang masalah matematik bersama, bersuka ria dan seumoamanya. Persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.


ZAMAM DEWASA
Albert kemudiannya berkenalan dengan Mileva Maric,seorang gadis berketurunan Greece.Mereka menuntut dalam jurusan yang sama dan seirng membincangkan pelajaran bersama-sama.Kecantikan dan kecerdikan yang dimiliki oleh Mileva telah menambat hati Albert, hingga hubungan mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan.
            Pada bulan ogos 1900,Albert mendapat ijazah dengan gred yang cemerlang. Walaupun begiti sukarmendapat pekerjaan.Permohonanya untuk menjadi pensyarah di universiri tidak mendapat sebarang jawapan. Setelah hamper setahun berusaha,barulah beliau ditawarkan pekerjaan sementara sebagai guru sekolah.
            Di samping mengajar,Albert melakukan penyrlidikan sendiri. Beliau menulis kertas untuk jurnal sains yang menerangkan idea baru dan asli.Naman begitu, beliau amat kecewa apabila Universiti Zurich enggan mengurniakan ijazah PhD bagi kertqas kerjanya itu. 
            Walau bagaimanapun dengan bantuan rakannya Marcel Grossman,Albert ditawarkan pekerjaan sebagai Pakar Teknikal (Kelas ketiga) di pejabat paten pada Jun 1902.Albert berasa gembira bekerja di situ kerana beliau mempunyai banyak masa lapang untuk mengusahakan ideanya sendiri. Gaji yang diperoleh juga lumayan.
            Hasil kecemerlangan beliau, Albert kemudiannya dinaikkan pangkat kepada Pakar Teknikal (Kelas Kedua), Pada tahun 1903, beliau menubuhkan akademi untukn membincangkan ilmu fizik, falsafah dan kesusasteraan.Inilah masa yang amat menggembirakan dalam hidup beliau
            Albert terus menggapai kejayaan apabila beliau mula mengemiukakan idea-idea yang menakjubkan. Tahun 1905 merupakan  tahun gemilang baginya. Pada tahun itu, beliau menyelesaikan tesis PhD, dua kertas kerja saina tentang teori kerelatifan khas dan dua kertas kerja lain. Lantas, beliau amat disayangi pengarah dan dianggap sebagai antara pakar yang paling dihormati di pejabat.
            Ketika inilah, Albert mencipta Teori Kerelatifan Aktif yang menerangkan tentang hokum asas fizik. Teori ini Berjaya menyelesaikan masalah tentang kelajuan cahaya yang pernah dilakukan oleh Morley dan Michelson. Kebijaksanaan beliau itu amat dikaguni.
            Penemuan tersebut telah membawa titik perubahan kepada dunia sains malah turut memberikan pengaruh yang besar kepada penulis sains fiksyen, ahli falsafah serta pelukis.
            Sejak itu, nama Albert ,ula menjadi sebutan. Beliau debanjiri tawaran kerja daripada university di seluruh Eropah, namun akhirnya beliau memilih untuk berkhimat di Unuversiti Zurich.
            Pada tahun 1913, Albert dipelawa menyertai Akademi Sains Perusia yang elit. Inilah permulaan episode kejayaan beliau. Setahun selepas itu, beliau berpindah ke Berlin bersama-sama keluarganuya .
            Naman begitu tidak lama selepas itu,Mileva membawa anak-anak lelaki mereka kembali ke Zurich. Rumah tangga meraka tidak kekal lama kerana meraka bercerai sev=cara rasmi pada tahun 1919.
            Ketika meletusuya Perang Dunia 1 pada ahun 1915,Albert menandatangani manifesto untuk rakyat Eropah. Dokumen ini menggesa rakyat Eropah agar bekerjasama dan hidup dalam keadaan aman tanpa sebarang peperangan.
            Ini merupakan penglibatan awam pertama yang dilakukan oleh Albert dalam bidang politik.Sejak itu, beliau terus berkampen untuk keamanan, toleransi dan keadilan.
            Kajian intelektual serta kegiatan politik yang keterlaluan menyebabkan Albert jatuh sakit. Pada tahun 1917, beliau menghidap penyakit hati, ulser perut dan penyakit kuning. Beliau dirawat oleh sepupunuya Elsa Lowenthal. Mereka akhirnya berkahwinan beberapa bylan selepas perceraian beliau dengan Mileva.
            Akhirnya,Alberta meninggal dunia pada 18 April 1955,setelah agak lama terlantar di hospital. Ketika itu, beliau berusia 74 tahun

1 comment: