Thursday, 27 June 2013

HOBI SAYA - Menanam


Setiap orang mempunyai hobi yang tersendiri.Terdapat pelbagai jenis hobi yang berfaedah dan banyak manfaat. Contohnya, menonton, menjahit, bertukang, bermain, berkebun,berkelah, memancing, melukis,membaca dan lain-lain lagi.

Hobi saya ialah menanam. Menanam mempunyai banyak faedah. Antaranya, menanam boleh menyihatkan badan. Ini kerana ia boleh mengeluarkan peluh.Apabila kita berpeluh, itu maknanya kita sihat dan tentulah kita tidak mempunyai penyakit.Kita juga dapat mengetahui cara-cara untuk menanam dan sebagainya.

Dengan hobi kita boleh mengisi masa yang terluang.Ia boleh menghilangkan rasa bosan. Selain itu, kita juga dapat mengisi masa dengan baik daripada mengisi masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti merokok, melepak dan sebagainya.

Menanam juga dapat menambahkan pendapatan.Caranya ialah seperi menjual hasil tanaman.Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah antara hasil tanaman yang sesuai dijual.

Hobi sangat diperlukan untuk melegakan tekanan perasaan. Apabila kita melakukan perkara yang membuatkan kita gembira, maka tiada lagi tekanan perasaan. Ia adalah perkara yang sangat mudah dilakukan.

Hobi sangat penting untuk setiap orang. Tanpa hobi, kita tidak mungkin mendapat faedah sebegini. Jadi milikilah hobi yang berfaedah supaya masa kita tidak terbuang dengan perkara yang sia-sia.
 

HOBI SAYA - Mengumpul Setem


 
Setiap orang mempunyai hobi masing-masing. Ada yang suka bersukan, menanam bunga, mengumpul barang-barang dan lain-lain. Biasanya hobi dilakukan pada waktu lapang.

Hobi saya adalah mengumpul setem. Saya telah mula mengemari mengumpul setem sejak tiga tahun yang lalu. Ia bermula apabila seorang sahabat pena saya yang berada di Singapura telah menghantar sepucuk surat kepada saya. Saya amat menyukai setem yang telah ditampalkan pada sampul surat itu. Sejak itu, saya mula mengumpul setem yang saya perolehi daripada surat-surat sahabat saya yang ada di dalam dan luar negeri. Selain itu, ayah dan ibu serta abang saya juga ada memberi beberapa helai setem. Saya menyimpan setem-setem itu di dalam album setem.

Bermacam-macam bentuk setem tetapi biasanya berbentu segi empat tepat. Gambar yang ada pada setem itu jua ada banyak corak d
an warna. Ada yang menunjukkan tempat atau bangunan di sebuah tempat, ada juga yang mempunyai gambar binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Mengumpul setem adalah menyeronokkan dan berfaedah kerana saya boleh belajar dan mengetahui gambar-gambar yang ada pada sehelai setem itu. Sebagai contoh, saya boleh mengetahui nama sekuntum bunga atau seekor binatang.

Saya akan meneruskan hobi saya mengumpul setem ini hingga saya dewasa nanti.

 

HOBI SAYA - Bermain Badminton

 
Ramai orang mempunyai hobi sendiri. Antaranya, berenang, bermain bola sepak, melukis dan lain-lain. Begitu juga dengan saya. Hobi saya ialah bermain badminton.
Sejak kecil lagi, saya selalu mengikut abang saya pergi ke gelanggang badminton yang berhampiran dengan rumah saya untuk bermain badminton. Saya telah diajar dengan baik oleh abang saya. Lama-kelamaan, saya telah gemar sukan ini dan bermain badminton menjadi hobi saya.
            Di sekolah, saya telah menjadi wakil pasukan badminton bagi sekolah dalam pertandingan ke peringkat negeri. Saya telah mendapat tempat pertama dalam acara itu. Saya berasa sangat gembira.
            Pada masa lapang, saya suka bermain badminton dengan kawan-kawan saya. Kadang-kala, kami bermain secara perseorangan atau beregu.
            Bermain badminton dapat menjadikan otak saya cerdas dan mempunyai badan yang sihat. Selain itu, saya juga dapat berkenalan dengan ramai kawan yang baru.
            Oleh itu, saya berharap semua orang dapat memilih satu hobi yang berfaedah untuk dilakukan pada masa lapang.
 

HOBI SAYA - Membaca


Hobi saya membaca. Saya suka membaca pelbagai jenis bahan bacaan yang informatif seperti surat khabar, buku-buku yang berunsur pengetahun dan pelbagai majalah yang menyajikan berbagai-bagai maklumat tentang sesuatu yang belum saya ketahui.
        
        Saya gemar membaca kerana saya cinta akan ilmu. Tambahan pula, ibu bapa saya memang mengalakkan saya membaca. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan bahawa saya mengikut jejak kedua-dua ibu bapa saya yang rajin membaca. Mereka bukan sahaja membelikan saya majalah yang berunsur pengetahuan malah sering membawa saya ke pameranbuku. mereka memberi kebebasan kepada saya untuk memilih majalah yang bermutu dan informatif.

        Saya juga gemar membaca kerana aya menanam cita-cita untuk menjadi guru. Seorang guru yang baik , kita haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Ilmu tersebut sudah tentu akan dapat dimanfaat oleh murid-murid kita. Guru yang berpengetahuan luas sudah tentu dihormati dan sentiasa disayangi oleh murid-muridnya.

        Sesungguhnya banyak kebaikan yang diperoleh melalui membaca. Tentunya kita sentiasa mendapat terkini tentang sesuatu perkara di samping menambahkan ilmu pengatahuan dalam pelbagai bidang. Selain itu, masa kita juga terisi dengan melakukan perkara yang berfaedah. Dengan itu tidaklah kita terjerumus ke dalam kancah sosial yang memudaratkan hidup kita.

        Oleh itu, saya ingin mengingatkan kawan-kawan supaya memilih hobi yang baik dan mendatangkan faedah. Kenalilah kelebihan dan bakat yang adapada diri kita. Pupuklah bakat tersebut dan suburkannya dengan azam yang kuat untuk berjaya. 

 

KERJAYA - Nicol Ann David




Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang berbuat demikian, sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP.

Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.


Anugerah dan penghormatan

Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.)sempena sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 JUN 1975. Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan.

Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas. Nicol merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri award (DSPN), yang membawa gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan gelaran Datuk di negeri Pulau Pinang. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dari Pulau Pinang,pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal daripadanya. Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham. Nicol turut menerima anugerah Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.

Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan Olimpik Athens 2004, di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kerjaya

Sebelum 2000: Zaman junior
Nicol Ann David di Terbuka Malaysia CIMB 2008 di Kuala Lumpur. 
 
Nicol David mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun, kemudian menerima bimbingan jurulatih sejak usia lapan tahun.Ketika berlatih di Pusat Skuasy Bukit Dumbar, bakat Nicol ditemui oleh Ee Phoeh Hoon, yang kemudiannya memujuk pemudi ini supaya mewakili negeri asalnya, Pulau Pinang, bersama adik-beradiknya. Kerjaya skuasy Nicol bermula pada tahun 1992, apabila beliau menggondol pingat perak dalam kategori Bawah-14 Kejohanan Junior Negeri Pulau Pinang. Juga pada tahun 1992, beliau mendapat kemenangan sulungnya di peringkat kebangsaan di Kejohanan Antara Negeri Junior Kebangsaan Milo-Dunlop Sport, di mana beliau mendapat pingat perak dalam kategori Bawah-16. Pada tahun 1994, Nicol dipilih untuk menyertai pasukan skuasy negeri Pulau Pinang untuk temasya Sukan Malaysia, apabila beliau membantu skuad negeri menggondol pingat emas dalam acara pasukan, walaupun jatuh sakit ketika itu.Pada tahun yang sama, beliau meraih dua gelaran antarabangsa pertamanya, iaitu Hong Kong Bawah-13 dan Terbuka Junior Scotland Bawah-12
Nicol menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia Wanita 1999 di Antwerp, Belgium, menjadikannya pemain perempuan termuda yang menjadi juara dunia remaja pada usia 15 tahun. Yang menariknya, beliau menumpaskan tiga orang pemain yang berada dalam tangga 20 teratas dalam kejohanan itu. Beliau berjaya mempertahankan gelaran itu di Pulau Pinang pada tahun 2001, oleh itu beliau merupakan satu daripada dua pemain sahaja yang menjuarainya dua kali sepanjang sejarah skuasy;ketika itu, beliau dilatih oleh Richard Glanfield.
Pada tahun 1999, Nicol semakin rancak menjuarai kejohanan remaja utama, termasuk Terbuka Junior British (juara Bawah-17), Terbuka Junior Jerman (juara Bawah-19), Sukan SEA (Juara kategori Senior dan Pasukan), dan Juara Junior Asia untuk acara individu dan pasukan.
Nicol melakar kejayaan terbesarnya sebagai jaguh remaja di Kejohanan Junior Sedunia di Antwerp, di mana murid sekolah berumur 15 tahun ini mencapai taraf juara junior dunia setelah menewaskan rakan seperjuangan, Leong Siu Lynn 9–5, 9–3, 9–2 di pusingan akhir acara perseorangan wanita, sekaligus menjadi juara termuda kejohanan itu. Nicol mencapai pusingan suku akhir Kejohanan Junior Sedunia yang sebelumnya pada Ogos 1997 di Brazil, ketika berusia 13 tahun. Semenjak itu, beliau merangkul kejuaraan junior dan senior Asia, dan juga pingat emas di Sukan Asia pada Disember 1998. Nicol juga merupakan antara sebilangan kecil pemain skuasy yang pernah memenangi kesemua kategori umur di Terbuka Junior British.

2000–2004: Menjadi profesional

Nicol David melawan pemain New Zealand, Shelley Kitchen di Terbuka Malaysia CIMB 2007.
 
Nicol menyertai WISPA lalu menjadi profesional pada tahun 2000 apabila memenangi kejuaraan WISPA sulung selepas hanya sebulan berjelajah di bawah lembaga skuasy tersebut. Ini menjadi kenyataan pada bulan Februari, apabila beliau mengalahkan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor dengan markah 9–1, 9–0, 9–5. Sebulan selepas itu, syarikat Hotel Equatorial mengumumkan penajaan sedunia buat beliau selama dua tahun. Nicol turut meraih penajaan untuk jelajah WISPA oleh syarikat Dunlop.
Pada tahun 2001, Nicol yang ditaja oleh Dunlop Sport sepanjang kerjaya junior dan WISPA sehingga masa itu, menandatangani perjanjian dua tahun bersama syarikat raket Head dan konglomerat tempatan, Mulpha Sports. Pada bulan Julai, Nicol merangkul kejuaraan Junio Sedunia keduanya dengan menumpaskan Omneya Abdel Kawy dalam masa hanya 17 minit dengan markah 9–2, 9–4, 9–2 di pusingan akhir.Beliau merupakan pemain skuasy perempuan pertama yang menjuarai Kejohanan Junior Sedunia dua kali. Nicol turut memenangi acara perseorangan di Kejohanan Skuasy Junior Asia dengan menewaskan rakan senegara, Tricia Chuah di pusingan akhir dengan markah 9–5, 9–6, 9–0, di samping membantu pasukan Malaysia merangkul kejuaraan acara berpasukan.
Pada tahun 2002, Nicol menumpaskan Ellen Petersen dari Denmark dengan markah 9–2, 9–7, 8–10, 9–4 untuk menjuarai Terbuka Kuala Lumpur buat kali kedua dalam kerjayanya. Beliau bersama Ong Beng Hee dalam acara beregu campuran, memenangi pingat perak untuk skuad negara di Sukan Komanwel 2002 setelah kalah kepada Glen Wilson dan Leilani Rorani di pusingan akhir. Pada awal tahun itu, Nicol menangkis saingan Ellen Petersen dari Denmark dengan markah 9–2, 9–7, 8–10, 9–4 untuk menjuarai Terbuka Kuala Lumpur yang kedua dalam kerjayanya. Akan tetapi, Nicol gagal mempertahankan pingat emas Sukan Asia 2002 setelah kecundang 9–7, 9–5, 9–7 kepada Rebecca Chiu dari Hong Kong di pusingan akhir di Busan, Korea Selatan.
Prestasi Nicol pada tahun 2003 tidak begitu memberangsangkan, beliau dua kali kalah dalam pusingan akhir; di negara sendiri, beliau tewas kepada Cassie Jackman yang lebih berpengalaman, kemudian tersungkur di tangan Linda Elriani di Monte Carlo Classic pada bulan November. Beliau mencapai pusingan akhir Terbuka Dunia di Hong Kong, tetapi dihambat oleh Cassie Jackman dengan mata 9–6, 9–3, 9–4. Nicol kurang menyerlah juga dalam acara utama WISPA yang lain; beliau tersingkir di pusingan pertama Terbuka AS Carol Weymuller, Terbuka British dan Terbuka Texas. Di Terbuka Qatar Classic, Nicol kecundang di pusingan kedua kepada Natalie Grinham dengan mata 9–2, 7–9, 9–0, 9–4.
Pada tahun 2004, Nicol sekali lagi tidak dapat meraih apa-apa kejuaraan. Pencapaiannya yang terbaik termasuk memasuki pusingan akhir Terbuka Kuala Lumpur dan Terbuka Malaysia. Mujurlah, Nicol mulai menunjukkan peningkatan pada bulan Disember apabila mencapai pusingan akhir Kejohanan WISPA WorldStars di Shanghai dan separuh akhir Terbuka Dunia, supaya naik dua tangga ke tangga #4 dalam ranking WISPA Januari 2005.

2005–2006: Juara dunia mencapai kemuncak
Nicol Ann David memegang piala Terbuka Skuasy Malaysia CIMB 2007.
 
Dengan hanya tewas dua kali pada tahun 2005, wirawati asal Pulau Pinang yang berusia 21 tahun ini pulang ke tanah air pada bulan Julai setelah memenangi pingat emas di Terbuka Dunia di Jerman untuk menjadi juara skuasy termuda di dunia. Selepas itu, beliau menjadi pemain tempatan pertama yang memenangi kejuaraan Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB sepanjang sejarah 31 tahun acara tersebut. Pada bulan Oktober, Nicol membuktikan kejayaannya di Terbuka Dunia dan Terbuka Malaysia bukan sekadar kebetulan, apabila menjadi warga Malaysia pertama yang merangkul kejuaraan Skuasy Terbuka British, dan orang Asia pertama yang mendapat kejuaraan wanita, setelah menumpaskan Natalie Grinham dari Australia dalam pusingan akhir wanita dalam masa 55 minit. Dalam masa dua bulan selepas kejayaan Terbuka British dan Terbuka Dunia, Nicol mencapai tangga teratas dalam ranking dunia buat julung kalinya. Pada tahun yang sama, beliau diundi oleh para ahli WISPA sebagai Pemain Terbaik WISPA 2005.
Pada usia 23 tahun, Nicol menjadi pemain skuasy #1 Dunia pada Januari 2006, sekaligus menjadi warga Malaysia dan wanita Asia pertama yang mencapai tangga #1 Dunia dalam sukan ini. Beliau juga menjadi orang ke-12 yang memegang gelaran unggul ini semenjak sistem ranking mulai dipakai pada April 1983. Nicol membuka tahun 2006 dengan hambar kerana kalah dua kali kepada Vanessa Atkinson pada bulan Februari, di kedua-dua pusingan akhir Terbuka Apawamis dan Terbuka Kuala Lumpur. Kekalahan kepada Atkinson dua kali berturut-turut ini menyebabkan Nicol jatuh ke tangga #2 dalam ranking dunia. Apapun, Nicol mula meningkat kembali dan merangkul enam kejuaraan berturut-turut lalu merampas kembali kedudukan #1 dunia. Nicol berjaya mempertahankan gelaran juara Terbuka Dunia di Belfast pada 25 November 2006, dengan menewaskan Natalie Grinham dalam perlawanan akhir yang dikatakan sebagai antara yang hebat dalam Terbuka Dunia Wanita. Beliau menjadi atlit Malaysia pertama yang merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua berturut-turut, dan orang keempat yang mempertahankan Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia dalam sejarah. Nicol turut menggondol kejuaraan Terbuka Qatar Airways Challenge, Kejohanan Terbuka British Dunlop, Terbuka Hong Kong, Terbuka Pulau Pinangdan Terbuka Malaysia CIMB. Nicol mengungguli ranking WISPA Disember dengan purata mata yang hampir dua kali banyak pesaing terdekatnya, Rachael Grinham, dan dalam Anugerah WISPA tahunan kedua pada bulan yang sama, beliau diundi sebagai pemain wanita terbaik buat kali kedua.

2007–2008: Kejayaan demi kejayaan dan dominasi
Nicol membalas Jenny Duncalf di Terbuka CIMB 2007 di Kompleks Skuasy Negara, Bukit Jalil.
 
Nicol merangkul enam lagi kejuaraan pada awal tahun 2007, sebelum dikalahkan oleh Rachael Grinham dari Australia di perlawanan akhir Terbuka British yang berlangsung selama 87 minit. Sebulan kemudian, Nicol sekali lagi gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Dunia kerana tersungkur di tangan Shelley Kitchen di pusingan kedua dengan markah 0–9, 1–9, 9–2, 9–3, 6–9 dalam 69 minit. Inilah kali pertama beliau gagal melayakkan diri ke dalam pusingan suku akhir kejohanan sejak April 2004, setelah tewas kepada orang yang merampas pingat gangsa daripadanya di Sukan Komanwel di Melbourne sembilan bulan sebelum ini. Pada bulan Disember, Nicol memenangi anugerah Olahragawati Terbaik Asia setelah mengatasi lebih 100 pesaing yang mewakili 25 lembaga kesukanan.
Pada tahun 2008, Nicol menggondol sepuluh kejuaraan Jelajah Dunia WISPA tanpa kalah. Nicol David melengkapkan tahun paling berjayanya setakat ini dengan mempertahankan kejuaraan Terbuka Hong Kong Cathay Pacific buat kali ketiga berturut-turut pada bulan November supaya rekod tanpa kalah dalam Jelajah sejak Oktober 2007 mencapai 53 perlawanan. Nicol meraikan setahun kalendar penuh keduanya sebagai jaguh nombor satu dunia dalam Ranking Skuasy Dunia Wanita Disember, maka sudah 30 tahun berturut-turut beliau bermaharajalela di tangga teratas. Kejayaan WISPA Nicol pada tahun 2008 bermula dengan Terbuka Apawamis di New York pada bulan Februari, diikuti dengan Terbuka KL di Malaysia,Terbuka British di England, Terbuka Seoul di Korea Selatan, Terbuka Malaysia, Masters Singapura, Terbuka Belanda, Terbuka Dunia di England, Qatar Classic dan Terbuka Hong Kong. Di luar jelajah WISPA, Nicol mempertahankan kejuaraan Kejohanan Asia dwitahunan yang kelima berturut-turut pada bulan Februari, setelah memenangi yang pertama ketika berusia 14 tahun pada Julai 1998,kemudian menerajui pasukan Malaysia untuk menggondol pingat gangsa di Kejohanan Pasukan Dunia Wanita di Kaherah.

2009–kini: Mencapai rekod
Nicol Ann David in beraksi pada hari keenam Terbuka Hong Kong 2009.
 
Dalam bulan ke-30 berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking WISPA, Nicol menerajui jaguh empat teratas yang tidak berubah-ubah, iaitu Natalie Grinham (Belanda) di tangga #2; kakaknya Rachael Grinham (Australia) di #3; dan Natalie Grainger (Amerika Syarikat) di #4. Dalam pertandingan pertamanya pada tahun itu, iaitu Terbuka Kuala Lumpur, rekod tanpa kalah Nicol selama 17 bulan dan 56 perlawanan akhirnya dipecah apabila beliau tewas kepada Natalie Grainger di pusingan akhir. Selepas kekalahan itu, Nicol bangkit untuk merangkul kejuaraan Terbuka Kepulauan Cayman yang julung kali diadakan, di mana beliau dapat menebus kekalahannya kepada Grainger dengan kemenangan 11–8, 11-6, 11–5 di pusingan akhir. Inilah kejuaraannya yang ke-35 dan penampilannya yang ke-50 dalam perlawanan akhir Jelajah WISPA. Seminggu kemudian, Nicol lantas memenangi gelaran juara kedua tahun itu dengan sekali lagi mengetepikan saingan Grainger, kali ini dengan empat set.
Nicol David beraksi pada hari ketujuh Terbuka Hong Kong 2009.
 
21 hari selepas kejuaraan Terbuka Texas, Nicol menggondol kejuaraan Terbuka Bandaraya Seoul keduanya dengan menumpaskan Jenny Duncalf dalam empat set. Sebulan kemudian, pada 24 Julai, beliau mempertahankan pingat emas Sukan Dunia dengan menewaskan lawan ketatnya, Natalie Grinham dari Belanda dalam tiga set. Seminggu kemudian, pada 1 Ogos, Nicol merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia kelima berturut-turut dengan menang 11–6, 11–8, 9–11, 11–7 ke atas Alison Waters dari London setelah 60 minit berhempas-pulas. Justeru itu, Nicol menjadi jaguh pertama yang memenangi lima kejuaraan Terbuka Malaysia berturut-turut sejak pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1975.
Nicol mendominasi gelanggang skuasy dengan mengetepikan saingan Natalie Grinham untuk memenangi kejohanan Singapore Masters yang ketiga berturut-turut, dan kejuaraan ketiganya dalam sebulan. Beliau mengatasi Natalie dalam tiga set dengan mata 11–9, 11–8, 11–9 untuk gelaran WISPA kelimanya dalam tahun itu. Nicol kemudiannya mencapai satu lagi kejayaan besar dalam kerjaya skuasynya dengan memasuki bulan ke-41 sebagai pemain nombor satu dunia dalam Ranking Dunia Wanita September, sekaligus memintas mentornya sendiri, Sarah Fitz-Gerald sebagai pemain yang ketiga paling lama menduduki tangga teratas ranking wanita. Pada 12 September, Nicol tewas kepada Madeline Perry di suku akhir Terbuka British dalam perlawanan lima set selama 76 minit; 15 hari kemudian, beliau bangkit untuk menumpas musuh ketat Natalie Grinham di perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Dunia untuk menggondol kejuaraan buat kali keempat. Nicol mengakhiri tahun ini dengan hambar setelah kalah kepada Jenny Duncalf di pusingan separuh akhir Qatar Classic dan Terbuka AS.
Nicol memulakan tahun 2010 di tangga teratas ranking buat bulan ke-42 berturut-turut. Wajahnya muncul dalam kalendar WISPA untuk bulan Januari. Pertandingan pertama Nicol pada tahun itu ialah Terbuka Chennai bernilai AS$53,000 pada bulan Mac; beliau memenangi semua perlawanannya dalam tiga set, termasuk menebus kekalahan kepada Jenny Duncalf pada akhir tahun 2009, lalu dimahkotakan juaranya. 13 hari kemudian, di Terbuka Kuala Lumpur, Nicol mengetepikan Omneya Abdel Kawy dari Mesir yang mengaibkan Jenny Duncalf di separuh akhir, supaya mendapat kejuaraan WISPA kedua pada tahun itu.Inilah kejuaraan Nicol yang keenam di Terbuka Kuala Lumpur selepas dimenanginya pada tahun 2000, 2002, 2005, 2007 dan 2008. Nicol meneruskan kecemerlangannya sepanjang tahun 2010 dengan menjuarai gelaran Terbuka Dunia yang “berprestij” pada 22 September. Kemenangan Terbuka Dunia ini adalah yang kelima buat Nicol, sekaligus menyamai rekod Sarah Fitz-Gerald untuk kejuaraan Terbuka Dunia yang terbanyak. Pada bulan Oktober, dalam perlawanan akhir perseorangan wanita Sukan Komanwel di Delhi, Nicol menumpaskan Jenny Duncalf 11–3, 11–5, 11–7 dalam masa 40 minit untuk meraih pingat emas. Kemudian, Nicol ke kejohanan Terbuka Mexico WISPA yang julung kali diadakan di Toluca, di mana beliau menumpaskan Rachael Grinham 12–10, 11–4, 11–5 untuk merangkul kejuaraan ke-34 berturut-turut.
Pada bulan November, Nicol melanjutkan rekod kecemerlangannya kepada 50 kejuaraan Jelajah Dunia WISPA keseluruhannya dengan menjuarai Qatar Classic buat kali keempat dengan sekali lagi menewaskan Rachael Grinham 11–5, 11–8, 11–9 dalam masa 34 minit sahaja, sekaligus melengkapkan rekod tanpa kalah dengan koleksi 12 kejuaraan WISPA sepanjang tahun 2010. Kemudian, beliau memenangi pingat emas acara skuasy perseorangan wanita Sukan Asia dengan menumpaskan Annie Au dari Hong Kong 11–8, 8–11, 11–6, 11–7 di Guangzhou, China. Di temasya yang sama, beliau membantu pasukan skuasy wanita Malaysia menggondol sebutir lagi pingat emas dalam acara skuasy berpasukan wanita dengan menumpaskan pasukan Hong Kong juga.
Pada Februari 2011 pula, iaitu bulan ke-58-nya di tangga teratas WISPA, rentetan tanpa kalah Nicol David selama 14 bulan akhirnya terhenti apabila beliau dikalahkan oleh Laura Massaro dari England 9–11, 7–11, 11–9, 8–11 di Cleveland Classic di Amerika Syarikat. Sebulan kemudian, pada awal bulan Mac, Nicol mengetuai pasukan Malaysia ke Piala Dunia WSF di Chennai, India, tetapi beliau direhatkan pada separuh akhir untuk memberi peluang kepada Low Wee Wern untuk mengambil tempatnya, namun pasukan Malaysia kalah 2–1 kepada pasukan England. Walau apapun, Nicol tetap memenangi gelaran Olahragawati Kebangsaan 2010 buat kali kelapan pada 16 Mac 2011. Pada 20 Mac, tuah kembali menyebelahi Nicol apabila beliau merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur buat kali ketujuh dengan menumpaskan Madeline Perry dari Ireland 11–6, 11–6, 11–2 dalam masa setengah jam sahaja.

KERJAYA - Michelle Yeoh




Tan Sri Michelle Yeoh Choo-Kheng (Cina Tradisional: 楊紫瓊, Cina Ringkas: 杨紫琼, pinyin: Yáng Zǐqióng; lahir 6 Ogos 1962) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang tinggal di Hong Kong. Yeoh dilahirkan di Ipoh, Perak, Malaysia. Beliau telah dipilih oleh Majalah People sebagai salah seorang daripada 50 wanita paling cantik di dunia pada 1997.

Beliau terkenal setelah berlakon dalam filem antarabangsa 'Crouching Tiger, Hidden Dragon'. Beliau juga berlakon dalam filem James Bond.

Pada tahun 1983, ketika berusia 21 tahun, MIchelle Yeoh telah memenangi gelaran Miss Malaysia World 1983.Dengan kejayaannya itu, beliau telah mewakili Malaysia ke pertandingan akhir Miss world 1983 yang telah diadakan di London. Pada 21 April 2010,beliau dilantik sebagai Ikon Membaca 1Malaysia . Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Heng Seai Kie . Michelle Yeoh Corner ditubuhkan di Perpustakaan Negara ,Kuala Lumpur bagi membolehkan pembaca tempatan mengetahui mengenai buku-buku yang pernah dibacanya. Setiap bulan beliau membaca 15 buah buku pelbagai genre termasuk fiksyen mahukan seram. Koleksi buku milik beliau akan ditempatkan di sudut bacaan itu.

Pada 2011, Michelle Yeoh telah diusir keluar dan disenarai hitamkan atau telah diharamkan masuk oleh negara Myanmar. Beliau diusir selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar. Pada Disember tahun 2010 yang lalu, Michelle Yeoh telah berjumpa dengan pejuang kebebasan negara Myanmar iaitu pemenang Anugerah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi di rumahnya di Yangon selepas merakamkan beberapa babak filem mengenai pejuang demokrasi, arahan pengarah Perancis, Luc Besson, di Thailand. Dalam filem arahan Luc Besson tersebut, pelakon berusia 48 tahun itu berlakon sebagai Aung San Suu Kyi yang menunjukan perjuangan tokoh itu dan ia mungkin ditayangkan hujung tahun 2011 ini. Disebabkan itu Michelle Yeoh telah diharamkan masuk ke negara Myanmar.

Sebelum ini angkasawan negara Datuk Sheikh Muszaphar Shukor dilantik sebagai ikon pertama (2009).

Filem lakonan

KERJAYA - Lee Chong Wei




Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas: 李宗伟; Cina Tradisional: 李宗偉; pinyin: Lǐ zōng wěi, lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak) ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam. Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 , maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.
Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

2002
Lee menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah kejohanan utama pada tahun 2003, apabila beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di Terbuka Malaysia 2003, sebelum tumpas di tangan Chen Hong dari China.
Pada tahun 2004, Lee berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia dan Terbuka China Taipei. Lee menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 di Athens. Dalam sukan Olimpik pertamanya, Lee mengetepikan Ng Wei dari Hong Kong di pusingan pertama sebelum ditumpaskan lagi oleh Chen Hong di pusingan kedua. Apapun, Lee masih terdaya merangkul dua lagi kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka Malaysia dan Terbuka Denmark, di samping menggondol pingat gangsa dalam aksi Kejohanan Dunia pertamanya setelah kalah di pusingan separuh akhir kepada Taufik Hidayat yang kemudian menjuarai kejohanan tersebut.
Lee kemudian merangkul tiga kejuaraan dari enam pusingan akhirnya pada tahun 2006. Beliau menjuarai Terbuk Switzerland, Kejohanan Badminton Asia dan (untuk kali ketiga) Terbuka Malaysia, di samping juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei, Terbuka Makau dan Terbuka Hong Kong. Lee membantu skuad Malaysia menggondol dua butir pingat emas di acara badminton perseorangan lelaki dan pasukan campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac. Lee mencapai kedudukan teratas sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006, lalu menyertai Kejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama, tetapi dikejutkan oleh Bao Chunlai dari China di pusingan suku akhir dalam perlawanan yang dicemari oleh dua line call berkontroversi yang tidak menyebelahi Lee.
Pada 3 November 2006, Lee terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Bukit Jalil selepas bermakan malam, apabila kereta beliau dilanggar di belakang oleh sebuah kenderaan yang hilanga kawalan akibat tayar bocor. Beliau dihantar ke Sunway Medical Centre untuk dirawat dengan enam jahitan pada kecederaan kepalanya.
Musim 2007 menyaksikan Lee gagal memasuki pusingan akhir buat kali pertama dalam Terbuka Malaysia sejak lima tahun, bahkan juga tersingkir awal dalam lima pertandingan selepas itu sebelum melambung kembali untuk merampas kejohanan Terbuka Indonesia, iaitu gelaran pertamanya sejak Terbuka Malaysia 2006 setelah berpisah dari Li Mao untuk bersatu semula dengan jurulatih Misbun Sidek. Prestasinya di separuh kedua tahun itu cemerlang sekali, apabila merangkul tiga gelaran di Terbuka Filipina, Terbuka Jepun dan Terbuka Perancis. Beliau juga mencapai pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong Kong walaupun terjejas oleh kecederaan lututnya. Lee memenangi semua perlawanan yang melibatkannya dalam Piala Sudirman pada bulan Jun, walaupun pasukan Malaysia hanya mencapai tempat ke-5 keseluruhan dalam pertandingan. Detik paling pahit yang dialami oleh Lee adalah di Kejohanan Dunia, sungguhpun diadakan di Malaysia dan prestasi yang membanggakan sepanjang separuh kedua tahun itu, beliau kalah mengejut kepada Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia, sehingga beliau menyela ketua jurulatih Yap Kim Hock sebalik sahaja menerima kekalahan dengan alasan bahawa Yap terlalu memberi tekanan dalam persediaannya untuk menghadapi kejohanan. 

2008
Description: http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/28/Lee_Chong_Wei_at_the_2008_Olympic_games.jpg/220px-Lee_Chong_Wei_at_the_2008_Olympic_games.jpg   Lee Chong Wei di separuh akhir badminton Sukan Olimpik 2008 di Beijing.
Lee memulakan tahun 2008 dengan jayanya, dengan merangkul kejuaraan keempat dari Terbuka Malaysia dalam masa lima tahun. diikuti Terbuka Singapura, Terbuka Korea (perlawanan terakhir sebelum sukan Olimpik) Terbuka All England, Terbuka Switzerland,  Kejohanan Badminton Asia, dan juga Piala Thomas di Jakarta, Indonesia, di mana Lee membawa pasukan Malaysia ke separuh akhir apabila beliau menumpaskan Lin Dan untuk memastikan Malaysia mendahului 1–0 ketika melawan juara bertahan dari China. Namun demikian, Malaysia akhirnya kalah 2–3 kerana tumpasnya beregu pertamanya dalam perlawanan terakhir.
Di Sukan Olimpik 2008, Lee dikecualikan dari pusingan pertama, kemudian senang mengetepikan cabaran Ronald Susilo di pusingan kedua, Kęstutis Navickas di pusingan ketiga, dan Sony Dwi Kuncoro di pusingan suku akhir, sebelum bertungkus-lumus mengatasi saingan hebat Lee Hyun-il dari Korea Selatan sebelum dapat mara ke pusingan akhir.Bagaimanapun, Lee mudah dikalahkan oleh Lin Dan dengan mata 12–21, 8–21.Lee menerima ganjaran RM 300,000 pada 21 Ogos 2008, kerana menggondol pingat perak di Sukan Olimpik, di samping juga RM 3,000 sebulan sebagai pencen seumur hidup mulai Ogos 2008. Untuk pencapaian yang sama, beliau dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.
Lee mengakhiri kejohanan Super Series terakhirnya pada tahun 2008 di Terbuka Hong Kong dengan menarik diri akibat kecederaan lutut, sekaligus membuka peluang kepada Marc Zwiebler dari Jerman. Penarikan diri ini menyebabkan pihak media China mengejeknya sebagai "pemain nombor satu dunia yang terlemah", di samping juga berspekulasi bahawa terdapat tiga faktor yang menjejaskan prestasi Lee sejak Sukan Olimpik, iaitu tekanan pusingan akhir Olimpik, kegerunan akan Lin Dan kerana tewas mudah di tangan Lin, dan tekanan yang dihadapi sebagai nombor satu dunia (seperti yang digemakan oleh Misbun Sidek).
Sungguhpun keperitan bermain di peringkat antarabangsa, beliau menempah kemenangan ketujuhnya di pusingan akhir Grand Prix Bandminton Kebangsaan di Kedah pada 12 Disember 2008, sekaligus memecah sasaran enam kejuaraan berturut-turut yang ditetapkan oleh Misbun Sidek. Lee akhirnya merangkul gelaran juara di Super Series Masters Finals, itupun tanpa cabaran dari Lin Dan dan pemain handalan China yang lain gara-gara dibelenggui kecederaan dan keletihan.

2009
Lee melancarkan musim 2009 season dengan kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelima, tetapi gagal merangkul kejuaraan di Terbuka Korea dan Terbuka All England walaupun mara ke pusingan akhir. Namun begitu, beliau memenangi gelaran kedua tahun itu di Terbuka Swiss dengan menumpaskan Lin Dan dalam straight set, sekaligus menandakan kali pertama menumpaskan pemain handalan China itu di pusingan akhir di luar negara asalnya. Kemudian, Lee dikejutkan oleh Chen Long dari China di Terbuka India. Beliau mendakwa kekalahannya akibat keracunan makanan dan menggesa pihak berwajib agar memperbaiki keadaan menjelang Kejohanan Dunia. Pada bulan Mei, Lee membantu Malaysia mencapai pusingan separuh akhir pertama mereka sepanjang sejarah Piala Sudirman, walaupun rekod tanpa kalah dalam kejohanan itu akhirnya dipecahkan oleh Lin Dan. Apapun, beliau merangkul kejuaraan lagi di Terbuka Indonesia, dan Terbuka Malaysia Grand Prix Gold, biarpun gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Singapura kerana dikejutkan oleh Nguyen Tien Minh di pusingan kedua.
Pada 6 Jun 2009, Lee dikurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) dari YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan rasmi baginda atas pencapaiannya di Sukan Olimpik 2008. Beliau pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo, sehingga mereka berdua mengumumkan tamatnya hubungan mereka pada bulan September.
Pada bulan Ogos, Lee Chong Wei menyertai Kejohanan Dunia di Hyderabad, India dengan cita-cita merangkul kejuaraannya tetapi dihampakan oleh Sony Dwi Kuncoro di suku akhir. Setelah berehat selama sebulan, Lee bertanding di China Masters di mana beliau tewas kepada Lin Dan di suku akhir; diikuti kekalahan awal di pusingan kedua Terbuka Jepun di tangan Simon Santoso. Kecederaan yang dialami pada lututnya ketika itu menyebabkan Lee kurang beraksi sedikit sepanjang saki-baki tahun 2009. Setelah menjauhi Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis, Lee kembali ke arena dengan menjuarai Terbuka Hong Kong pada 15 November, tetapi selepas itu kecundang di pusingan pertama Terbuka China tiga hari kemudian. Di World Super Series Masters Finals yang diadakan di Johor Bahru pada 3–6 Disember, Lee Chong Wei mengharumkan lagi nama Malaysia dengan mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki, diikuti kejayaan Wong Mew Choo menjuarai perseorangan wanita. Walau bagaimanapun, Chong Wei terpaksa melepaskan peluang beraksi di Sukan SEA yang diadakan seminggu kemudian di Vientiane atas arahan jurulatih demi menyembuhkan kecederaan lutut yang dialaminya itu. 

2010
Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun 2010 dengan ampuh, dengan merangkul kejuaraan Terbuka Korea, dan Terbuka Malaysia (yang keenam) berturut-turut. Ini juga kali pertama Lee memenangi dua kejohanan Super Series berturut-turut. Pada 14 Mac, pada percubaan ketujuhmenjuarai Kejohanan All-England sepanjang kerjayanya, Lee akhirnya berjaya merangkul gelaran juara perseorangan lelaki di perlawanan berprestij itu di Birmingham, dengan menangkis saingan Kenichi Tago dari Jepun di perlawanan akhir dengan markah 21–19, 21–19.
Lee menyertai Piala Thomas di tanah air sendiri. Beliau berjaya menumpaskan Kenichi Tago untuk menggondol mata pertama, namun pasukan Malaysia kalah 2–3 kepada Jepun. Di suku akhir, beliau menewaskan Peter Gade, sekaligus membantu pasukannya mendapat tempat dalam separuh akhir. Di separuh akhir melawan China, Lee ditewaskan oleh Lin Dan, sekaligus mengakhiri rekod 18 perlawanan tanpa kalah sejak awal tahun ini.
Pada bulan Jun, Lee mengambil bahagian dalam Terbuka Singapura tetapi tersungkur di suku akhir. Namun demikian, Lee bangkit dengan menjuarai Terbuka Indonesia, Terbuka Malaysia Grand Prix Emas pada bulan Julai, dan Terbuka Makau pada bulan Ogos. Pada akhir bulan Ogos, Lee mencuba nasib lagi dalam Kejohanan Dunia, tetapi tewas mengejut di tangan Taufik Hidayat di peringkat suku akhir.Misbun Sidek mengaku bahawa kekalahannya adalah disebabkan kecederaan belakang yang dialaminya selepas pusingan ketiga. Pada 26 September, Lee menewaskan musuh ketatnya, Lin Dan di Terbuka Jepun.
Pada bulan Oktober, Lee membantu pasukan Malaysia menewaskan India untuk mempertahankan pingat emas dalam acara pasukan bercampur Sukan Komanwel 2010, kemudian berjaya mempertahankan pingat emasnya sekali lagi dalam acara perseorangan. Sebulan kemudian, beliau menggondol pingat perak di Sukan Asia. Biarpun dapat menumpaskan Juara Dunia Chen Jin di separuh akhir, Lee sekali lagi merasai kekalahan di tangan musuh ketatnya, Lin Dan, di pusingan akhir. Pada akhir tahun, Lee menggondol gelaran Terbuka Hong Kong yang kedua berturut-turut, dan gelaran Super Series Master Finals ketiga berturut-turut pada Januari 2011.

2011
Pada Januari, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ketujuh, tetapi gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea, yang menjadi kejohanan sejuta dolar terulung dalam sukan badminton, setelah kecundang di tangan Lin Dan lagi. Pada Mac, Lee mudah melangkah ke peringat akhir Terbuka All England buat kali ketiga berturut-turut lantas mempertahankan kejuarannya dengan kemenangan straight set ke atas Lin Dan, lalu mendapat sanjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Lee Chong Wei kemudiannya memenangi kejohanan super series India pertama buat dirinya. Dia juga telah menyertai skuad badminton kebangsaan Malaysia untuk beraksi di Sudirman cup, tetapi gagal ke separuh akhir apabila tewas tipis 2-3 kepada Korea.
Pada 1 Mei, Lee Chong Wei julung kali menjuarai Terbuka India, diikuti oleh kejuaraan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia seminggu kemudian. Walaupun Lee memenangi semua perlawanannya dalam Piala Sudirman, namun perjuangan Malaysia berakhir di suku akhir setelah ditumpaskan oleh Korea Selatan 2–3. Pada lewat bulan Jun, beliau menjuarai Terbuka Indonesia, sekaligus menjadi pemain bukan Indonesia pertama yang membuat hatrik dalam kejohanan itu.
Harapan Lee untuk menjadi jaguh Malaysia pertama yang meraih pingat emas di Kejohanan Dunia ranap setelah ditewaskan oleh Lin Dan di pusingan akhir. Walaupun menguasai permainan, namun beliau terlepas dua mata penamat di set penentu. Pada bulan September, Lee juga gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun setelah ditewaskan oleh bintang baru China, Chen Long. Pada bulan Oktober, beliau tewas kepada Chen Long sekali lagi dalam cubaan memenangi kejuaraan Terbuka Denmark yang kedua. Seminggu kemudian, beliau memenangi Terbuka Perancis. Ini disusuli dengan tiga kali berturut-turut tersingkirnya di peringkat separuh akhir di Terbuka Hong Kong, Terbuka China, dan Kejohanan Akhir Masters

2012
Lee memulakan tahun Olimpik dengan cemerlang di Terbuka Korea, apabila beliau menebus kekalahannya kepada Lin Dan dengan menumpaskan jaguh China itu dalam tiga set. Seminggu kemudian, beliau meneruskan aksi cemerlang dengan menjulang kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelapan dalam kerjayanya, setelah menumpaskan Kenichi Tago dari Jepun di pusingan akhir dalam 37 minit.
Pada bulan Mac, Lee kecundang dalam Terbuka Seluruh England dengan terpaksa menarik diri dalam pusingan kedua setelah dirawat tiga kali, sekaligus meranapkan harapan Lee untuk menjadi pemain lelaki pertama dalam era terbuka untuk merangkul kejuaraan Terbuka Seluruh England tiga kali berturut-turut. Pada bulan April, beliau dikejutkan pula oleh peman Korea Selatan, Shon Wan-ho di perlawanan akhir Terbuka India, tetapi berjaya mempertahankan gelaran Grand Prix Emas Terbuka Malaysia buat kali keempat berturut-turut pada bulan Mei. perlawanan Kumpulan C Piala Thomas melawan Denmark. Pada bulan Jun, setelah mengungguli selama 199 minggu tanpa henti sejak 14 Ogos 2008, Lee akhirnya jatuh dari tangga nombor satu dalam kedudukan pemain perseorangan lelaki terbaik BWF.
Lee kembali beraksi di gelanggang buat julung kali semenjak kecederaan itu pada Sukan Olimpik London. Beliau menang tipis ke atas Ville Lång dari Finland setelah bermain tiga set dalam pusingan pertama, dan menyatakan tekanan sebagai punca nyaris kalah. Di pusingan kedua, beliau menang muda ke atas Simon Santoso dari Indonesia, kemudian menewaskan Kashyap Parupalli dari India di suku akhir. Di separuh akhir, Lee mengalahkan Chen Long dari China dalam dua set walaupun dikhuatiri bahawa lawannya itu sukar untuk diatasi, dan bertemu lagi dengan Lin Dan di pusingan akhir buat kali kedua dalam Sukan Olimpik. Ini juga pertembungan kedua mereka di Arena Wembley selepas Kejohanan Dunia 2011. Lee mendahului setelah memenangi set pertama, tetapi Lin melanjutkan perlawanan kepada set ketiga. Walaupun banyak mengungguli sepanjang set ketiga itu, namun Lin sempat memintas beliau dan menang 21–19, sekaligus memaksa Lee sekali lagi berpuas hati dengan pingat perak.